ShareThis to the world!

150 video, gambar susun kejadian nahas

The Hague: Sebanyak 150 gambar dan video diterima polis Belanda daripada orang awam melalui server internetnya yang dijangka dapat membantu mencantumkan semula kejadian menimpa MH17 pada 17 Julai lalu, kata seorang jurucakap.
Ia susulan rayuan dibuat polis kepada orang ramai secara dalam talian minggu lalu bagi mendapatkan imej lokasi nahas meliputi sebelum, semasa dan selepas kejadian untuk 'menyusun semula' peristiwa berkenaan. 
Dalam tempoh empat hari server itu dibuka sejak petang Jumaat lalu, sebanyak 150 gambar dimuat naik menerusi portal membabitkan empat bahasa iaitu Belanda, Inggeris, Russia dan Ukraine, kata jurucakapnya Franki Klarenbeek. 

“Kami tidak tahu dari mana imej ini dihantar tetapi yang pasti, ia dimuat naik melalui empat portal bahasa,” katanya.

Rayuan atas talian itu ditujukan khas kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan nahas. - AFP
0 Komentar untuk "150 video, gambar susun kejadian nahas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info