SHAH ALAM - [VIDEO] “Pernah ketika malam raya saya bertugas, sebuah kereta melalui lorong ‘Smart Tag’ yang saya bertugas, tetapi bila saya tengok semula tiada pun kelibat kenderaan itu.”
Demikian kata Nur Syamimi Mohd Nozri, 22, mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugas sebagai penjaga tol ketika hari raya.
Nur Syamimi yang berpengalaman selama lebih lima tahun bertugas sebagai penjaga tol berkata, kenangan tersebut antara kenangan ngeri beliau tatkala bertugas pada hari raya.
“Saya bekerja dengan Plus sudah lima tahun...tetapi sudah tiga tahun tak balik kampung beraya dek kerana tugas.
“Sepanjang tiga tahun itu ada satu pengalaman di mana pernah satu malam raya tersebut, saya diganggu...mujurlah saya ‘cool’.
“Dalam keadaan itu saya sempat membaca ayat al-Quran dan seterusnya terus saya hubungi penyelia bertugas mohon bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, Syamimi berkata, antara lain beliau juga pernah menyaksikan sebuah lori terlanggar papan tanda menghala ke kaunter tol ketika beliau bertugas .
“Apa apa pun nasib baik semuanya selamat,” katanya.
Sementara itu menurut Muhammad Ruzaini Anuwar, 30, beliau turut mempunyai kenangan unik ketika beraya di kaunter tol.
“Tahun ini saya tidak dapat balik beraya.
“Kenangan hari raya, saya pernah diberi lemang ketika bertugas... Alhamdulilah merasa juga saya suasana hari raya walaupun di kaunter tol,” katanya.

sumber:sinarharian.com
0 Komentar untuk "Kenangan Aidlfitri jumpa 'kereta hantu'"