Bongkar! Inilah Punca Sebenar Marshanda Buka Tudung, Tidak Berhijab - Penyanyi dan pelakon Marshanda Indonesia, mengejutkan peminatnya setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lepas.
Dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai, lapor portal Kapan Lagi.
Katanya menerusi akaun Instagram, “Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.
“Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain,” katanya.
Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan penyanyi itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.
“Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah,” kata peminatnya - Raisyyahrania.blogspot.com
0 Komentar untuk "Bongkar! Inilah Punca Sebenar Marshanda Buka Tudung, Tidak Berhijab"