Gemas: Nasib seorang pekerja kilang papan warga Nepal ibarat nyawa di hujung tanduk apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang satu meter, pagi semalam.
Kejadian mengerikan jam 8.51 pagi itu berlaku apabila serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting dari mesin pemotong lalu tertusuk dahi mangsa secara menyerong hingga menembusi bahagian kanan kepala mangsa.
Mangsa, Basanta Limbu, 30, bagaimanapun bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak mengenai bahagian otaknya, malah tindakan majikannya menghubungi Klinik Kesihatan Gemas (KKG) dengan segera membolehkan dia diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Segamat, Johor untuk rawatan lanjut.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I Kamaruddin Salleh berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan itu, enam pegawai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I Kamaruddin Salleh berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan itu, enam pegawai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.
KAKITANGAN Klinik Kesihatan Gemas dan anggota bomba membantu mangsa tertusuk serpihan kayu.
Katanya, disebabkan kayu yang tertusuk di dahi mangsa agak panjang, ia menyukarkannya dibawa masuk ke dalam ambulans.
“Selepas mengkaji keadaannya, kita memutuskan untuk menggunakan pemotong hidraulik berbanding pisau atau gergaji bagi mengurangkan impak kecederaan lebih serius kepada mangsa selain meminimumkan kesakitan dialaminya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kelihatan menahan sakit sepanjang proses yang mengambil masa enam minit itu namun tidak menjerit atau meronta-ronta, selain dibantu oleh kakitangan perubatan KKG.
“Selepas dipotong, mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk menjalani pembedahan mengeluarkan baki serpihan kayu pada dahinya,” katanya.
sumber:mymtero.com
0 Komentar untuk "Kayu tembus kepala"