Klip di bawah menceritakan mengenai seorang tokey perniagaan burung walit di Madura, Indonesia.
Lelaki berumur 61 itu menghimpunkan semua isterinya dalam satu rumah empat tingkat dengan 142 bilik.
Dia memiliki 28 orang anak dan 15 cucu.
Rumah dalam kawasan seluas satu hektar turut mempunyai sebuah masjid yang digunakan lelaki yang dikenali sebagai kiyai Masurat Usman bagi bersembahyang jemaah dengan semua ahli keluarganya.
Isteri pertama dikahwini ketika dia berusia 15 tahun dan wanita itu berumur 9 tahun.
Kalau dilihat klip di bawah, memang semua isteri-isterinya cantik dan rupawan.
Kiyai adalah istilah untuk lelaki alim atau berilmu di Indonesia.
Cuma penulis tak faham…alim tang mana kahwin sampai 10 orang serentak sedangkan Islam dengan jelas membenarkan paling banyak 4 sahaja itupun dengan syarat-syarat yang ketat.
Indonesia punya jenis alim ni memang ada sikit kesangsian sejak dulu lagi. #mynewshub
0 Komentar untuk "Kisah Lelaki 10 Isteri Dan Rumah 142 Bilik Di Indonesia"