BARU-BARU ini kami ada menyiarkan kisah seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang, Perak
Dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.
Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.
Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.
Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia.
Siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk tempatan dan dia tinggal bersama keluarga saudaranya di Hutan Melintang.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nak tengok video ngeri mengenai kes itu?
Ini dia!
0 Komentar untuk "VIDEO: Ngeri…Pesakit Mental Keluarkan Usus Sendiri!"