ShareThis to the world!

Kekasih Britney Punyai Skandal Dengan Pelakon Filem Lucah


Britney memutuskan perhubungannya dan David Lucado selepas mendapat tahu lelaki itu curang.
  (Ubah saiz teks)
PUNCA hubungan cinta Britney Spears dan bekas kekasih, David Lucado retak baru-baru ini terbongkar jua.

Menurut laporan Dailymail, Lucado rupa-rupanya menjalinkan hubungan dengan bintang porno, Cali Lee ketika dia dan Britney masih lagi bersama.

Walaupun Lucado cuba menyimpan rahsia itu, namun ia gagal selepas skandal itu dirakam oleh seorang penyiasat yang diupah oleh ayah penyanyi itu, Jamie.

Lucado juga sering dilihat keluar malam secara sembunyi sehingga membuatkan orang yang rapat dengannya curiga.

"Ayah Britney, Jamie antara yang paling tidak senang duduk apabila mencurigai dengan gerak geri Lucado.

"Rasa tidak senang hati membuatkan Jamie mengupah seorang penyiasat mengekori kemana saja Lucado pergi. Apabila mendapat tahu dia curang, ramai yang kesal terhadap perbuatannya itu," kata sumber.

Walaupun Britney kecewa dengan sikap Lucado, dia enggan terus meratapi kesedihannya kerana menganggap lelaki seperti Lucado tidak layak untuk ditangisi.


sumber: mstar
0 Komentar untuk "Kekasih Britney Punyai Skandal Dengan Pelakon Filem Lucah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info