ShareThis to the world!

Lelaki Maut Ditikam Di Leher



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditikam di leher selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara sekumpulan lapan lelaki, namun punca pergaduhan masih belum diketahui dan sedang disiasat.
"Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu, polis percaya suspek menggunakan pisau lipat untuk menikam mangsa, namun tiada sebarang senjata tajam ditemui setakat ini.
"Mangsa disahkan maut setelah tiba di Hospital Sungai Buloh. Susulan kejadian itu, dua adik beradik (lelaki) berusia 19 dan 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 Komentar untuk "Lelaki Maut Ditikam Di Leher"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info