Houston : Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu.
Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh.
Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. Wanita itu menafikannya.
Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda.
Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya.
Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.
Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran.
“Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger.
Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan.
Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.- Agensi
0 Komentar untuk " Anggota Polis di tahan kemaruk cium kaki wanita"