ShareThis to the world!

Hamba Seks Tak Tahan Diperkosa ISIS Rayu Rumah Pelacuran Dibom



Seorang wanita Yazidi (salah satu etnik Kurdis) didakwa hamba seks militan ISIS merayu agar rumah pelacuran tempat dia disimpan dibom, lapor portal berita Daily Mail.

Wanita tersebut dikatakan memberitahu, dia telah dirogol 30 kali oleh ramai tentera hanya dalam masa beberapa jam.

Difahamkan, wanita yang dirahsiakan identitinya dan ditempatkan di sebuah kediaman yang terletak di barat Iraq itu ditangkap oleh militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sinjar, awal Ogos lalu.
Ketika tragedi tersebut terdapat wanita telah diculik, setengahnya dijual manakala sebahagian lagi dikatakan menjadi hamba seks ISIS.
Menurut kumpulan aktivis Kurdis yang mengecam perjuangan ISIS, wanita tersebut sempat menghubungi anggota mereka menggunakan telefon lalu memohon supaya rumah pelacurannya dibom supaya deritanya dan wanita tahanan di sana segera berakhir.
Antara pengakuannya adalah tidak tahan diperkosa hampir sepanjang masa hingga tidak sempat ke tandas dan mengaku akan tetap membunuh diri meski pun jika diselamatkan.
Kisah wanita ini tersebar selepas ia diceritakan seorang aktivis Kurdis kepada BBC dalam satu temu bual berkaitan demonstrasi diadakan kumpulan mereka di London.
Seorang lelaki dikenali sebagai Karam menyokong cerita ini dengan mendakwa, kawannya adalah individu yang menjawab panggilan wanita Yazidi tersebut.
Menggambarkan wanita malang tersebut bercakap di telefon sambil menangis tersedu-sedu, antara bicaranya adalah: “Jika anda tahu di mana saya berada tolonglah letupkan.. tak ada kehidupan lagi selepas ini. Apa pun saya tetap mahu tamatkan nyawa ini – yang lain ada yang sudah bunuh diri pagi tadi.
“Saya telah diperkosa 30 kali sejak pagi. Saya tak dapat pergi ke tandas sekali pun. Tolonglah bom tempat ini.”
Sekumpulan aktivis Kurdis termasuk Karam melakukan demonstrasi di tengah Kota London untuk memperjuangkan nasib wanita di Timur Tengah yang didakwa ditindas oleh pemerintah Islam di sana.
Antara cara demonstrasi dijalankan termasuk melakonkan bagaimana wanita-wanita berhijab dirantai satu sama lain sementara lelaki berserban menggunakan pembesar suara untuk melelong mereka bagi mendapat bidaan tertinggi.
Dakwa kumpulan aktivis ini, mereka menggunakan maklumat disalur oleh sumber dalaman untuk menggambarkan kekejaman yang dilalui oleh wanita sana.
Adakah dakwaan ini benar seratus peratus atau telah ditokok tambah sebagai agenda terancang untuk menghalalkan pengeboman Barat ke atas bumi Arab?
Sama-sama kita fikirkan…
REM RAMZI/MYNEWSHUBsumber

0 Komentar untuk "Hamba Seks Tak Tahan Diperkosa ISIS Rayu Rumah Pelacuran Dibom"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info