Namun niat melakukan pembunuhan itu tidak kesampaian apabila pembunuh upahan berkenaan rupa-rupanya adalah seorang anggota polis yang membuat penyamaran.
Polis berjaya menghidu niat Larisa itu selepas dia dikesan mencari pembunuh melalui internet.
Niat buruknya itu juga dapat dipatahkan apabila adiknya, Mukhyarbek, dengan kerjasama polis telah berpura-pura mati dibunuh.
Larisa ditangkap ketika dia menyerahkan wang kepada pembunuh tersebut dan selepas melihat `mayat’ adiknya yang terbaring berlumuran darah.
Dia kini berdepan hukuman penjara lapan tahun kerana cubaan membunuh.
Dua beradik itu berasal dari Kyrgyztan dan berhijrah ke bandar Surgut di Rusia, sejak dua tahun lalu. Mereka memasuki Rusia secara haram.
Larisa yang juga ibu kepada tiga anak itu mendakwa adiknya tidak bekerja dan hanya melepak di rumah selain dia yang terpaksa menyara lelaki berkenaan.
Dia mendakwa pernah cuba menghalau adiknya keluar dari rumah, namun Larisa dipukul. Memandangkan mereka berada secara haram di Rusia, maka dia tidak dapat membuat laporan polis.
Untuk menyara hidup dan menghantar wang ke kampung halaman mereka, Larisa bekerja sebagai pencuci di beberapa tempat.
sumber:http://mynewshub.cc/2014/10/17/kakak-upah-pembunuh-bunuh-adik-yang-enggan-bekerja/
ShareThis to the world!
Related Post
ASTRO MOHON MAAF : BERI 3 HARI SIARAN PERCUMA Berikutan dari kisah Astro Black Out Satu Malaysia, Astro tampil secara terbuka memohon maaf kepada semua pel…
Budak Terselamat Meskipun Ditanam Hidup-Hidup India – Baru berusia tujuh tahun namun bagi budak perempuan ini, Tanu, dia sudah melalui pengalaman yang menakutkan. …
[MESTI BACA BUAT ANAK] Kisah Seorang Pakcik Berdiri Di Bank [MESTI BACA BUAT ANAK] Kisah Seorang Pakcik Berdiri Di Bank.Sekadar kongsi cerita.Pagi tadi:Pergi ke bank, bayar huta…
Gambar Wanita Bertudung ‘Gedabak’ Dalam WHI Jadi Viral Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam. Semua gara-gara me…
Janin Dibuang Bersama Sisa Sampah KFC Nampaknya kes janin bayi tidak berdosa dibuang pula di lokasi kotor semakin meningkat dari sehari ke sehari s…
0 Komentar untuk "Kakak Upah Pembunuh Tembak Adik Yang Enggan Bekerja"