Apa sudah jadi wahai kaum wanita, dimanakah nilai-nilai kelembutan mu wahai perempuan yang suatu hari nanti akan bergelar ibu?
Menerusi sebuah video dikongsikan seorang pengirim kepada Mynewshub, ini merupakan bukti satu lagi kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska yang tidak didedahkan.
Apa yang pasti, perbuatan ini tak kurang kejamnya seperti apa yang telah berlaku terhadap bayi dalam artikel sebelum ini.
Mungkin perbuatan ini dilakukan si pelaku yang elok bertudung ini atas dasar mahu memberikan anak kecil ubat, namun ia kelihatan jauh melampaui batas apabila hidung kanak-kanak tersebut ditekup, badannya ditampar dan dijerkah dengan kasar.
Sudahlah bayi itu sakit sampai perlu diberikan ubat, diperlakukan pula seperti ini… dimanakah sifat perikemanusian dan kasihkan kanak-kanak?
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "VIDEO: Pekerja Taska Ini Bagi Makan Ubat Atau Nak Membunuh?"