ShareThis to the world!

Fazura Kecewa Diganggu Ketika Sedang Tidur


Siapa tak ‘angin’, bila tengah sedap tidur tiba-tiba dikejutkan seorang individu hanya untuk bergambar dengannya! Ya, luahan kecewa aktres Nur Fazura Sharifuddin memang berasas dan patut diberi perhatian oleh syarikat penerbangan. 

Melalui muat naik status dalam laman sosial Facebooknya, beliau memaklumkan tentang satu kejadian yang mana dia dikejutkan oleh krew penerbangan ketika sedang tidur dalam satu penerbangan. 



Tindakan kurang sopan itu berlaku kerana individu tersebut ingin mengabdikan kenangan dengan bergambar bersama bintang filem Kami Histeria itu. 


Melalui ‘posting’ tersebut, rata-rata pengikut beliau bersetuju dengan luahan tersebut kerana tindakan yang individu itu seperti tidak menghormati Fazura sebagai salah seorang penumpang. 

Sementelah itu, Fazura membayar bagi menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut, dan sebagai krew, individu tersebut sepatutnya peka dan sentiasa berpegang kepada etika. 

Alahai, situasi ini boleh disamakan dengan pepatah ‘ditelan mati mak, diluah mati bapak’. Yelah, kalau tidak dilayan pasti akan dikata sombong. Tapi para peminat harus tahu, selebriti juga manusia biasa yang perlukan sedikit privasi. 

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

0 Komentar untuk "Fazura Kecewa Diganggu Ketika Sedang Tidur"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info