ShareThis to the world!

Pemain JDT dan Pasangan di Majlis Persandingan TMJ ( 8 Gambar )


Istiadat perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam sampai ke kemuncaknya dengan persandingan yang diadakan dalam majlis penuh istiadat diraja dan ketenteraan yang gilang-gemilang di Istana Besar di sini malam tadi.

Bagaikan pinang dibelah dua, pasangan diraja itu kelihatan anggun dan menawan dengan Tunku Ismail mengenakan pakai­an istiadat ketenteraan manakala Che Puan Khaleeda memakai busana putih di atas pelamin yang direka khas untuk kedua-dua mempelai itu. 





Tepat pada pukul 8.50 malam, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda, 21, tiba di pekarangan istana berkenaan dengan menaiki kereta antik Mercedes Benz sambil diiringi paluan kompang setelah diarak menaiki kereta tersebut sejauh tiga kilometer dari Istana Bukit Serene sambil disaksikan kira-kira 1,200 tetamu jemputan. 

Para pemain bolasepak JDT juga hadir bersama pasangan mereka untuk meraikan majlis tersebut antara yang hadir  Norshahrul Idlan Talaha dan isteri, Syafiq Rahim dan isteri, Safee Sali dan Isteri, Zaquan Adha dan isteri, Fadhli Shas dan isteri, Fegorua dan pasangan serta ramai lagi. 













































Credit Harimau Selatan Fanpage, Kosmo, Mstar

0 Komentar untuk "Pemain JDT dan Pasangan di Majlis Persandingan TMJ ( 8 Gambar )"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info