ShareThis to the world!

Ramalan Final AF2014, Siapa bakal bergelar Juara malam ini ?


Selama 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran , kini tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir #AF2014 bakal bersiaran dengan lima finalis hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara.

Imbas kembali perjalanan para pelajar sebelum melangkah ke peringkat akhir ini, kejutan paling besar adalah apabila Adel tersingkir di minggu ketujuh.

Ini berikutan kerana dia telah mendapat undian terendah dan sekaligus mengundang rasa tidak puas hati penonton setia AF sehingga namanya menjadi ‘trending’ di Malaysia melalui Twitter.

Bagaimanapun kesedihan pelajar yang berasal dari Sabah itu tidak lama selepas dia diterima kembali ke fakulti menerusi AF Serap yang baru pertama kali diwujudkan musim ini dan dijangka akan memberi saingan hebat kepada empat pelajar lain.

Di samping itu , perubahan ketara pada persembahan Aman tiap-tiap minggu nyata membuktikan dia layak untuk berada di pentas akhir #AF2014.

Kehebatan Nuha juga diakui dengan suara yang lantang serta kebolehannya untuk menyanyikan pelbagai jenis genre lagu bakal menjadi ‘senjata’ Nuha untuk berentap dengan empat finalis lain.

Jika dilihat dari segi persembahan sebelum ini ternyata Firman dan Ewal merupakan antara pelajar yang sering konsisten dan membuatkan penonton serta juri tidak sabar untuk melihat persembahan mereka.

Ewal mempunyai bakat semulajadi dan suara yang besar. Pengalaman Ewal sebagai penyanyi sebelum ini juga mungkin memberikan kelebihan kepada Ewal untuk bertarung pada malam ini.

Manakala Firman pula kelebihannya terletak pada vokalnya yang unik terutama apabila pelajar berusia 25 tahun ini menyampaikan lagu-lagu berentak rock dan bernada tinggi.

Selain itu, kemampuannya untuk menghayati lirik dan watak yang ada dalam lagu tersebut membuatkan Firman seolah-olah ‘bersatu dengan lagu yang dinyanyikan selain ‘X- Factor’ yang ada dalam dirinya mungkin membuatkan Firman layak untuk bergelar juara?

Namun ini hanyalah ramalan sahaja dan masih terlalu awal untuk menetukan siapa yang bakal bergelar juara kerana semuanya bergantung kepada finalis #AF2014 yang akan memberikan persembahan terbaik dibantu dengan jumlah undian oleh peminat dan penyokong mereka.







 Credit Murai
0 Komentar untuk " Ramalan Final AF2014, Siapa bakal bergelar Juara malam ini ?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info