ShareThis to the world!

LAGI...KEMALANGAN PALING NGERI BERLAKU DI IPOH



ANGGOTA polis mengangkat salah satu mayat daripada tiga mangsa yang meninggal dunia selepas sebuah treler merempuh tujuh buah kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai, Ipoh.



IPOH – Tiga lelaki terkorban dan lima lagi cedera selepas sebuah treler membawa muatan simen merempuh tujuh buah kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283.6 Le­buh Raya Utara-­Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai di sini semalam.
Dalam kejadian ketika hujan r­enyai-renyai pada pukul 9.30 pagi itu, seorang penunda ken­deraan, Mohd. Fazli Malijan, 38, dan anak bongsunya, Muhammad Shamsul, 15 serta sepupunya, Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, 15, yang berada di tepi lebuh raya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira milik Mohd. Fazli berdiri di tepi lebuh raya bagi menawarkan bantuan kepada pemilik kereta Honda Accord yang terlibat dengan satu lagi kemalangan.
Turut berada di lokasi nahas itu adalah sebuah kereta polis jenis Proton Preve dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang dinaiki oleh Sarjan Alias Osman bersama seorang lagi jurugambar yang menyiasat kemalangan me­libatkan kereta tersebut.




krdt:kosmo
0 Komentar untuk "LAGI...KEMALANGAN PALING NGERI BERLAKU DI IPOH"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info