ShareThis to the world!

MENAKUTKAN!!!!! BAS DIHANYUTKAN BERSAMA PENUMPANG..APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?? LIHAT VIDEO INI..



SERAMAI 10 orang penumpang sebuah bas mini di Pakistan hampir menemui ajal selepas bas yang dinaiki tersebut telah dihanyutkan arus deras banjir yang berlaku di Lowari Pass.
Video yang tersebar di laman sosial itu menunjukkan detik cemas kesemua penumpang tersebut kelam-kabut menyelamatkan diri mereka sebelum bas itu terbalik dan dihanyutkan oleh banjir besar berkenaan.
Insiden tersebut dikatakan berlaku pada isnin lalu dan saat-saat panik itu telah dirakam oleh seorang saksi kejadian itu di situ.
Kesemua mangsa dilihat berjaya keluar  menggunakan tingkap kanan bas itu dan berlari ke tempat yang lebih selamat.
wm1
Walau bagaimanapun, degupan jantung saksi kejadian semakin kencang selepas mendapati seorang lelaki di dalam bas itu tidak sempat keluar dari bas berkenaan ketika ia terbalik.
Namun, lelaki bertuah itu dilihat berjaya membebaskan dirinya melalui bahagian tingkap bertentangan sebelum dia dibantu dan dibawa ke tempat yang lebih selamat. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "MENAKUTKAN!!!!! BAS DIHANYUTKAN BERSAMA PENUMPANG..APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?? LIHAT VIDEO INI.."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info