Tanggal 19 November lepas merupakan deti yang cukup bermakna buat Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.
Untuk pengetahuan anda, Diana melahirkan anak keduanya itu menggunakan teknik “water birth”.
Bersalin di dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran dimana ia memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah di amalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah.
Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini sudah berusia 2 tahun.
Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.
0 Komentar untuk "jom lihat anak ke 2 Diana Danielle dan Farid Kamil"