ShareThis to the world!

Lihat anak bulan Syawal petang ini

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri ialah pada petang ini bersamaan 29 Ramadan.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara. - Bernama


0 Komentar untuk "Lihat anak bulan Syawal petang ini"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info