SHAH ALAM - Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 tahun ini.
Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.
Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi belum mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.
Kerajaan kini sedang memperhalusi caruman takaful i-BR1M dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Untuk itu penerima BR1M 3.0 diminta tidak melewat-lewatkan pendaftaran sekali gus selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.
Tahun ini, kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.
Sementara itu, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.
Sumber sinar
ShareThis to the world!
Related Post
Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa? Umum tahu selebriti popular, Neelofa bakal menjalani kursus jangka pendek di Sekolah Filem & Lakonan Akademi New …
Takut dapat RM1 juta Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikir…
Lisdawati Hamil Empat Bulan & Kongsi Rahsia Tampil Menawan Kami teringat yang Fauzi Nawawi pernah mengulas tentang ura ura yang isterinya, Lisdawati hamil tidak berapa la…
Darah haid berketul-ketul Saya mengalami haid tidak teratur iaitu kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadang lambat beberapa hari. Haid saya j…
Iklan Produk ‘Macam Cantik, Macam Comel Je’ Yang Sesungguhnya Mengundang Penampar Ke Muka Kak Ton… Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk melariskan sesuatu produk yang dijual. Cumanya kita perlu menjadi …
0 Komentar untuk "BR1M 3.0, 70% BELUM DAFTAR"