ShareThis to the world!

Guru jual pistol tiruan dalam Facebook


Kota Bharu: Tindakan seorang guru mahu meraih pendapatan tambahan dengan menjual ‘pistol tiruan’ menerusi laman sosial Facebook membawa padah selepas ditahan polis dalam ‘Ops Cantas Khas’, kelmarin. 

Difahamkan, guru lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor, jam 1.30 tengah hari selepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerima maklumat orang awam. 


Berikutan itu, sepasukan anggota polis JSJ IPK Kelantan dikerahkan ke situ untuk menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bonet kereta suspek sebelum menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi tujuh kotak pistol tiruan terbabit.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek membeli setiap pistol tiruan terbabit daripada seorang warga Thailand di Golok, pada harga RM60, sebelum dijual secara atas talian kepada pelanggan berminat.


BH

Related Post

  • Bunuh anak halau ‘hantu’ Germantown: Seorang wanita dari Maryland yang membunuh dua anaknya memberitahu polis, dia terpaksa berbuat demikian bag…
  • Usaha bawa pulang KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk memba…
  • Isteri Ally Iskandar hamil Ally Iskandar dan Nurfarahin Romli. < 1 / 1 > TAHUN 2014 nampaknya tahun bertuah untuk r…
  • Piza wajah pengantin untuk kejutan Manchester: Pasangan pengantin baru yang sangat menyukai makanan segera meraikan majlis perkahwinan dengan mengabadikan…
  • Surat terbuka untuk PM Nurul Izzah Anwar < 1 / 1 > SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang.…
0 Komentar untuk "Guru jual pistol tiruan dalam Facebook"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info