DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.
Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.
"Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Bernama
ShareThis to the world!
Related Post
Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin? Betul ke Datuk Siti Nurhaliza mengambil kesempatan mengutuk rakyat Palestin di saat mereka kini sedang bertarung nyaw…
MH17 – PM Lahirkan Rasa Terkejut, Siasatan Penuh Dimulakan KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau terhadap perkhabaran yang baru diterima men…
MH17 Dipercayai Ditembak Dengan Sistem Peluru Berpandu BUK Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini dipe…
SEGERA: Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterda…
Gambar-Gambar Kejadian Dan Mangsa MH17 Berikut adalah beberapa keping gambar yang memperlihatkan kejadian MH17 ditembak. Turut disertakan adalah beberapa g…
0 Komentar untuk "Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu"