Menurut David Teo, Farid Kamil telah meminta dari pihak Astro untuk menangguhkan program itu kerana menunggu anaknya untuk besar sedikit dan mahu program itu berlangsung selepas Diana Danielle tamat belajar mengaji Al-Quran.
Sepatutnya program ini diusahakan tahu lalu, tetapi apabila kita bertanya kepada Farid, beliau meminta program ini ditangguhkan kerana mahu anak lelakinya itu besar sedikit.
Ketika itu beliau memberikan tempoh lima bulan. Disebabkan sudah melepasi tarikh tempoh yang ditetapkan Astro, program itu tidak jadi diterbitkan.” jelas David Teo.
Farid Kamil kini telah membuat akaun laman sosial Instagram Khas untuk anaknya Muhammad, jadi mungkin peminat-peminat mereka masih boleh melihat wajah anaknya yang comel itu menerusi laman sosial tersebut.
OHMEDIA: TIADA PROGRAM TV KHAS PUN TAK APALAH KOT. JANJI ANAK SIHAT, DAN DIANA HABIS BELAJAR MENGAJI ITU LAGI PENTING
0 Komentar untuk "Program memperkenalkan anak Farid Kamil Diana Danielle Dibatalkan ?"