ShareThis to the world!

Dato` Dr Haji Fadzilah Kamsah Sedia Meninggal Dunia di Mekah?


Mengerjakan ibadat haji dan umrah sememangnya menjadi impian bagi setiap individu yang beragama Islam.

Malah Murai Batu lihat dikalangan rakan-rakan selebriti yang lain, ramai yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah yang merupakan pusat ibadat bagi setiap umat Islam dari seluruh dunia.

Menyentuh isu umrah ini, pagi tadi Murai Batu masuk ke ofis dan seperti mana dari majoriti kita yang lain, laman web yang pertama akan ditinjau sudah tentulah Facebook bukan?

Murai Batu pun bacalah satu persatu status rakan-rakan Murai Batu sehinggalah tiba ke ruangan status dari pakar motivasi terkenal negara, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Menerusi statusnya, pakar motivasi itu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah semalam untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Murai Batu sewaktu membaca statusnya itu. Statusnya tertulis seperti mana begini:-

“As salamu'alaikum shbt2 tersyg. Hari ini saya sekeluarga akan ke Mekah utk menjalankan ibadah Umrah hingga 2 Mac. Saya sekeluarga memohon ampun & maaf kpd semua shbt jika ada salah & silap. Jika mendengar berita saya meninggal dunia, mohon sudi kiranya sedekahkan Al Fatehah utk saya. Saya juga tidak akan membuka FB selama di Mekah & Madinah. Mohon jgn hantar sebarang soalan sbb saya tak mampu nak respon. Saya cuba update status secara SCHEDULE. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin, wassalam.”

Terangkat kening Murai Batu bila terbaca pada bahagian “Jika mendengar berita saya meninggal dunia….” itu.

Bukannya apa, umum mengetahui bahawa meninggal dunia ketika beribadah tambah-tambah pula ketika berada di Tanah Suci Mekah merupakan satu penghormatan tinggi buat seseorang umat Islam.

Sebelum ini tak silap Murai Batu sekitar tahun 2005, pelakon Ismail Din telah meninggal dunia di sisi Kaabah sewaktu sedang beribadat dalam Masjidil Haram.

Dan menerusi status Dr Fadzilah Kamsah itu, Murai Batu dapat rasakan yang beliau sudah bersedia untuk segalanya dan mungkin siapa tahu, di sudut hatinya tertanam perasaan untuk mendapat kemuliaan dengan mati ketika beribadat di rumah Allah S.W.T

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pakar motivasi kita ini. Mohon segala ibadat dan doanya dimakbulkan Allah dan semoga dikalangan kita yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, dipermudahkan jalan untuk berkunjung ke sana.sumber
0 Komentar untuk "Dato` Dr Haji Fadzilah Kamsah Sedia Meninggal Dunia di Mekah?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info