KANADA: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.
Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple.
Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah.
Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.
Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api.
Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya.
“Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal,” kata peguamnya, Denis Lavigne.
Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah.
Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November.
Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya ‘penjenayah paling seksi terbaru dunia.’ “Penjenayah ini mencuri hati saya,” kata seorang pengguna Twitter.
--Agensi
ShareThis to the world!
Related Post
Nora Danish Tampil Beri Penjelasan Sebenar Isu Video Ugut Serang MahkamahPelakon, Nora Danish pada petang Isnin membuat dua laporan polis susulan penyebaran video yang mengeksploitasi wajahnya,…
Tak buat apa-apa, tapi coli, seluar dalam berselerak di lantai Kuala Lumpur: Alasan tidak melakukan apa-apa, tetapi, coli dan seluar dalam berselerak di lantai, itu gelagat beberapa…
Pengurus tadika ini mencuri dan menyebarkan Gambar guru tadikanya kerana DENDAM [10 GAMBAR] Pengurus tadika tersebut melakukan tindakan sedemikian kerana dendam. Dendam tersebut berpunca daripada perebu…
Inilah Dia 5 Wanita Terkaya Di Malaysia !PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat ketiga dalam senarai wanita paling kaya di Malaysia d…
PANAS!! GAMBAR TERDEDAH SEPARUH ASET FATHIA LATIFF DI ANUGERAH STAIL EH!TERSENTAK sungguh SS dan rakan-rakan di pejabat, semalam apabila melihat gambar pelakon baru yang jelita, Nur Fathia Lat…
0 Komentar untuk "Penjenayah Terseksi Di Dunia"