ShareThis to the world!

Mengamuk nak potong kemaluan anak saudara

Kuala Terengganu: Berang kerana anak saudaranya terkencing di atas tilamnya, seorang lelaki bagaikan dirasuk hantu apabila mengamuk mahu memotong kemaluan kanak-kanak perempuan itu dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Raja, di sini, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 pagi selepas suspek lingkungan 20-an itu ditegur ibunya berhubung beberapa perkara salah yang dilakukan suspek sebelum ini.
Katanya, teguran wanita berusia 63 tahun itu bukan saja tidak dapat diterima suspek sebaliknya diabertindak melepaskan geram kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang secara tidak sengaja terkencing di atas tilamnya.
“Pada mulanya, suspek bertindak kurang ajar apabila meludah berkali-kali ke arah ibu malang itu sebelum mengugut akan membunuh warga emas itu menggunakan kapak yang diambil di dapur rumah.
“Bagi menakutkan mangsa, suspek bertindak mengetuk kapak di tangannya beberapa kali di atas meja sebagai isyarat berhubung tindakan yang akan dilakukan selepas itu,” katanya.
Sumber berkata, ketika suspek sedang mengamuk, anak saudaranya yang terjaga daripada tidur secara tidak sengaja terkencing di atas tilam kerana ketakutan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan suspek semakin naik angin apabila mengugut akan memotong kemaluan kanak-kanak itu.
“Bukan itu saja, suspek yang bagaikan dirasuk turut mengamuk akan membakar pakaian milik mangsa selain mengugut akan membakar rumah itu.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, ibu malang yang bimbang keselamatannya dan ahli keluarga lain nekad membuat laporan polis sejurus kejadian itu untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber: hmetro.com

Related Post

  • GERAM WANITA HAMIL ZURA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kampung Jal, Ketereh, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU –…
  • Didenda RM100 kerana tunjuk kemaluan RASHIDI (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh…
  • Fesyen Pelik Dan Merepek Neelofa Jadi Lawak Viral Di Media Sosial Tak sampai sebulan pulang ke tanah air selep…
  • BR1M 3.0 DIKREDIT DALAM AKAUN PADA 22HB FEB KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Feb ini,…
  • Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugera…
0 Komentar untuk "Mengamuk nak potong kemaluan anak saudara"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info