ShareThis to the world!

Pakaian TERCAMPUR ‘Panties’ Di Kedai Dobi, Pakwe Ditinggalkan!

Seorang lelaki ditinggalkan kekasihnya hanya kerana dia tidak menyedari bahawa dia terbawa pulang beberapa helai seluar dalam wanita ketika pergi membasuh pakaian di kedai dobi.
Kisahnya, pada ketika si mangsa menggunakan mesin basuh di situ, ada beberapa helai pakaian dalamwanita lain berada dalam mesin yang sama tanpa disedarinya.
Selesai membasuh, si lelaki pun pulang membawa sekali pakaian dalam yang berada di dalam mesin basuh berkenaan dan ia dijumpai oleh teman wanitanya.
Di laman Instagram dengan nama, dezzybooboo3000, dimuatnaikkan gambar sekeping nota bersama dengan seluar dalam wanita itu dikepilkan di atas papan tanda di kedai dobi berkenaan.
Nota itu berbunyi :
DobiSingle
“Bekas kekasih saya menemui seluar dalam ini di dalam bakul pakaian saya, seorang wanita pastinya tertinggal seluar ini di dalam mesin pengering.
“Terima kasih, saya sekarang sendirian kerana awak,” kata lelaki itu.
Menurut laman portal, Huffington Post kejadian itu mungkin satu kejadian yang paling malang yang boleh berlaku di dalam sebuah kedai dobi.
Antara pengajaran utama dalam kejadian ini, ialah periksa mesin pengering dan keluarkan semua pakaian milik diri sendiri sesudah menggunakannya agar perkara sama tidak menjadikan seorang lagi lelaki ditinggalkan kekasihnya. 







sumber:– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Pakaian TERCAMPUR ‘Panties’ Di Kedai Dobi, Pakwe Ditinggalkan!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info