ShareThis to the world!

VIDEO: Surau Al-Qudwah Memerlukan Keprihatinan Anda…


PRIMA Damansara, Petaling Jaya, Selangor merupakan sebuah kawasan perumahan menempatkan ribuan penduduk beragama Islam yang terdiri daripada golongan pendapatan sederhana dan rendah.
Walaupun lebih sedekad, mereka masih tidak mempunyai sebuah surau tetap bagi memudahkan para jemaah beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti fardhu kifayah di kawasan tersebut.
1508060_258212597678598_402678130_n
Pertambahan penduduk dari hari ke hari menyebabkan keperluan menjadi semakin mendesak.
Atas inisiatif penduduk, sebuah surau sementara ditumpangkan ke dewan serbaguna masyarakat di kawasan itu namun ia bukan satu penyelesaian jangka panjang.
Apatah lagi ia bukan hak mutlak penduduk beragama Islam…nasib baik masih ada penduduk bukan Islam yang ‘tidak berbunyi’ walaupun mereka boleh saja untuk berbuat demikian jika mereka mahu.
Untuk menyiapkan sebuah surau yang ‘sederhana’ di kawasan bandar seperti Petaling Jaya bukan murah…setakat ini menurut perkiraan awal, ia sudah mencecah hampir RM140,000.
kos21
Namun demi sebuah rumah Allah, penduduk akhirnya berpakat melancarkan program pembinaan surau di kawasan itu yang dinamakan Surau Al-Qudwah.
jais-1
jais-2

Pelbagai cara dan kaedah telah mereka buat buat termasuk melancarkan dana sumbangan (Infaq) namun kutipan yang diperoleh masih jauh dari jangkaan.
Sempena Ramadan yang mulia, apalah kiranya kita menghulurkan sumbangan sedaya mungkin bagi merealisasikan pembinaan surau ini.
drawing
Besar pahala dan ganjaran yang kita peroleh kalau hendak membina rumah Allah ini .
Antaranya,
Pertama, Allah s.w.t menjamin akan mendirikan sebuah rumah di syurga kelak bagi sesiapa yang mendirikan masjid..
Hal ini berdasarkan hadith soheh riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Daripada Uthman bin Affan r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang membina masjid semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Maka, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah masjid atau rumah sepertinya di syurga.”
Kedua, Pahala membina masjid itu kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sihingga berlakunya Qiamat..
Ianya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud ” Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya.”..Subhanallah!
Pada mereka yang berhajat untuk memberi sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui;
Nama Bank: CIMB Islamic Bank Berhad
Nama Akaun: Pembangunan Pusat Islam dan Pembinaan Surau Al Qudwah Prima Damansara
No. Akaun: 8600643879
Moga usaha kecil kita akan dirahmati Allah Subhana Wataalla. Amin






0 Komentar untuk "VIDEO: Surau Al-Qudwah Memerlukan Keprihatinan Anda…"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info