ShareThis to the world!

Kerana Gambar Mesra Bersama Romona, Majlis Nikah Dazrin & Amyra Batal?


Awalnya disangka mahu mengedarkan kad perkahwinan, tetapi rupanya membawa berita sedih iaitu majlis perkahwinannya dengan Dazrin Kamarudin terpaksa dibatalkan. Itulah yang disampaikan oleh Amyra Rosli, 23, pada media mengenai perkembangan terkininya.

Kerana Gambar Mesra Bersama Romona, Majlis Nikah Dazrin & Amyra Batal?

"Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

"Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi," ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, dipetik sebagai berkata. 

Namun dalam hal ini, ada yang meneka mungkin gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang disiarkan media pada 22 Julai lalu telah menjadi punca salah faham ini.

Malah Romona juga telah dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra. Bagaimanapun, Dazrin kemudian menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan.


Bagaimanapun, ada sumber memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.

"Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat.

"Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini," tambah Amyra.


Dalam pada itu pula, Dazrin yang dihubungi media berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi hanya menangguhkannya buat ketika ini.

"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu.

"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.

Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013.

Amyra Rosli, merupakan gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karier seninya bermula apabila dia membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu' di TV Al-Hijrah dan ‘Amyra’.

Amyra awalnya pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.


sumber
http://www.myartis.com/2014/08/isu-foto-mesra-dengan-ramona-zamzam.html#more
0 Komentar untuk "Kerana Gambar Mesra Bersama Romona, Majlis Nikah Dazrin & Amyra Batal?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info