ShareThis to the world!

Penyampai Berita TV Arab Saudi Dikritik Tak Pakai Tudung

ARAB SAUDI – Seorang penyampai berita bagi stesen televisyen di Arab Saudi mengejutkan penduduk di negara berkenaan apabila dia muncul membaca berita tanpa memakai tudung.
Penyampai berita itu menyampaikan berita untuk televisyen kerajaan, Al Ekhbariya dari studio di London.
Ia sekali gus menjadikan penyampai berita itu sebagai wanita pertama di Arab Saudi  yang membaca berita tanpa memakai tudung, meskipun dari studio di luar negara.
Keadaan itu menyebabkan stesen televisyen berkenaan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mencemuh dan ada yang menyifatkan ia sesuatu yang pelik, namun menerima perubahan berkenaan.
Stesen televisyen itu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan kejadian sama tidak berulang.
Jurucakap stesen televisyen berkenaan,  Saleh Al Mughailif berkata, klip video itu telah dikongsi oleh beberapa laman web Arab dan ditonton beribu-ribu kali.
“ Penyampai berita itu tidak berada dalam studio di Arab Saudi dan kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlanggaran dalam sistem dan nilai penduduk di Arab Saudi,’’ katanya yang menekankan bahawa wanita itu menyampaikan berita tersebut dari studio di London.
Al Ekhbariya dilancarkan pada Januari 2004 dan buletin pertamanya ketika itu menjadi tajuk akhbar selepas penyampai beritanya memakai pakaian barat sambil bertudung, bukan seperti kebiasaannya iaitu memakai purdah.
0 Komentar untuk "Penyampai Berita TV Arab Saudi Dikritik Tak Pakai Tudung"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info