Searching...
Tuesday, 27 August 2013
05:12 0

Ahmad Idham Umpama Kacang Lupakan Kulit Lepas Kaut Untung Berjuta – David Teo

Kadangkala kesian juga FINAS dibuatnya. Tolong salah, tak tolong pun salah. Selepas dibidas dan dipersalahkan atas kejatuhan kutipan filem tempatan oleh Ahmad Idham, Mejar David Teo tampil untuk mempertahankan badan tersebut dan membidas kenyataan rakan seperjuangannya itu.
david teo
Kata David Teo:-
Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.
Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risio mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.
ahmad idham
Bukan senang nak memikat penonton datang ke pawagam. Filem yang dihasilkan mestilah kena dengan selera rakyat Malaysia. Jangan main syok sendiri sahaja. Tambah David Teo lagi:-
Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!
Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS.

sumber:Beautifulnara.com

0 comments:

Post a Comment

ShareThis to the world!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...