Cara gayakan kalung “bib”
Trend kalung "bib" atau kalung besar kini menjadi fenomena dalam dunia fesyen. Pemakaian kalung "bib" akan menjadikan penampilan anda yang sebelum ini ringkas dan biasa kelihatan anggun dan mempesona.
Nak tahu tips memakai kalung "bib" ini? Mari kita lihat cara mengayakannya di bawah:
Tips memakai kalung "bib"
1) Elakkan memakai kalung "bib" dengan pakaian yang banyak corak supaya kalung yang dipakai tidak tenggelam dek kerana corak baju tersebut.
2) Jangan padankan kalung "bib" dengan anting-anting yang besar mahupun cincin berlian dan gelang. Jika anda mahu memakai barang kemas yang lain, pastikan barang kemas tersebut kecil dan ringkas.
3) Kalung "bib" akan lebih kelihatan hebat jika dipakai sedikit melorot ke dada. Namun, anda juga boleh memakainya di sekitar leher sahaja.
5 Cara gayakan kalung "bib"
Top leher 'loose' dengan skinny jeans
Anda akan kelihatan ringkas namun masih bergaya sewaktu keluar di hujung minggu. Banyak mata yang akan memerhatikan setiap langkah anda!
Top warna 'neutral'
Tidak ada salahnya jika anda mahu menggayakan kalung "bib" dengan baju berwarna terang namun baju warna 'neutral' seperti putih dan hitam mampu menaikkan lagi seri di leher anda. Padankannya dengan t-shirt ataupun peplum, pasti anda akan mencuri tumpuan ramai.
Top warna terang
Padankan kalung "bib" warna kontra dengan baju terang yang dipakai oleh anda.
T-shirt berjalur
Baju tshirt berjalur merupakan gaya kasual yang mampu menyuntik elemen kontra yang menarik jika dipadankan dengan kalung "bib" yang sotisfikated.
Baju bercorak
Anda akan kelihatan original dengan gabungan kalung "bib" dan baju bercorak.
sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Cara gayakan kalung “bib”"