ShareThis to the world!

Konsert Linkin Park: Penantian sedekad berbaloi


Persembahan kumpulan rock antarabangsa terkenal, Linkin Park di konsert jelajah dunia Living Thingssemalam sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat kerana kali terakhir mereka berada di Malaysia adalah hampir sedekad lalu dan nyata penantian tersebut tidak mengecewakan. 

Berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lebih 20,000 penonton terhibur dengan persembahan bertenaga Linkin Park yang dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Rob Bourdon, Dave Farrell, Brad Delson dan Joe Hahn walaupun dibasahi hujan rintik ketika konsert tersebut.

Dalam konsert berdurasi hampir dua jam ini, Linkin Park telah mempersembahkan lagu-lagu hits daripada album terdahulu seperti "Somewhere I Belong", "Faint", "Papercut", "With You", "In The End", "Numb" dtermasuk daripada album terbaru mereka, "Living Things".

Dibawakan oleh The Wonderland+, Malaysia adalah satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang terpilih sebagai lokasi persinggahan mereka. 

Mari saksikan galeri sekitar konsert jelajah dunia Living Things Linkin Park.





















sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Konsert Linkin Park: Penantian sedekad berbaloi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info