Liam Payne mengaku ada kekasih baru
Peminat kumpulan One Direction pastinya kecewa selepas mendengar pengakuan daripada Liam Payne yang kini bercinta dengan rakan lamanya, Sophia Smith.
Liam,19, yang sudah berpisah dengan penari Danielle Peazer pada bulan Mei lalu kini menjalinkan hubungan dengan Sophia yang dikenali ketika sama-sama memasuki St. Peter Collegiate di Wolverhampton.
Sewaktu ditanya mengenai kekasih pada sidang media untuk filem terbaru kumpulan tersebut, "This Is Us" pada hari Isnin, penyanyi ini mengaku sudah ada kekasih dan ianya masih baru.
Perhubungan Sophia dan Liam dikatakan semakin serius dan baru-baru ini, Liam dilihat membawa gadis tersebut ke Los Angeles untuk menemani One Direction membuat persembahan selama empat malam di bandar itu awal bulan ini.
Ada sumber mengatakan "Liam benar-benar jatuh cinta dengan Sophia, hubungan mereka makin serius, sangat cepat. Sophia adalah gadis normal yang menyukai Liam kerana Liam adalah Liam dan bukan kerana populariti."
Liam yang sebelum ini mempunyai hubungan cinta 'on-off' dengan Danielle selama tiga tahun putus selepas penyanyi Leona Lewis dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan tersebut.
Kumpulan tersebut telah mengadakan persembahan akhir di Amerika Syarikat mereka di Staples Centre pada 10 Ogos dan Sophia dilihat berada di dalam kelompok penonton bersama ibu bapa Liam, Geoff dan Karen serta dua orang adik perempuan Liam, Karen dan Ruth. Sophia sanggup mengharungi perjalanan sejauh 5000 batu dari rumahnya di Wolverhampton semata-mata untuk berada di sisi Liam.
Segelintir peminat One Direction yang cemburu telah menghantar mesej kebencian di Twitter kepada Sophia dan tindakan tersebut membuatkan Sophia memuat naik lebih banyak gambar bersama ahli kumpulan One Direction.
Walaupun ada segelintir peminat yang tidak menyukai perhubungan itu, ada di antara mereka mengatakan Sophia adalah pilihan tepat untuk Liam kerana gadis itu mengenali Liam sebelum dia terkenal.
Penyanyi itu menyedari akan mesej berbaur kebencian di Twitter yang dihantar oleh orang ramai kepada Sophia namun dia tahu rangkaian laman sosial memang susah untuk dikawal.
sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Liam Payne mengaku ada kekasih baru"