ShareThis to the world!

Dulu Black Mentor Kini Black Hanifah

ohartis-black-hanifah
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Teman Penganti’, Black Mentor kini telah mengumumkan penjenamaan semula namanya kepada Black Hanifah. Black yang dilahirkan daripada program Mentor yang juga merupakan protege kepada penyanyi Mas Idayu telah menggunakan nama Black Mentor selama 4 tahun sejak muncul juara rancangan tersebut.
“Saya ada ramai kawan dan saya boleh kenali mereka bila mereka memanggil nama saya. Jika mereka panggil saya dengan nama Black, maksudnya mereka adalah rakan-rakan yang dikenali semasa saya di dalam industri hiburan dan sekiranya mereka panggil saya Hanifah, mereka merupakan rakan-rakan saya di alam persekolahan, sanak saudara mahupun jiran-jiran yang membesar bersama saya.
“Saya bukan tak sayangkan Mentor, saya hargai sangat kerana nama itu yang mempopularkan saya. Tapi, saya mahu berdiri di atas nama sendiri dan mahu menjenamakan semula nama saya. Ini merupakan idea dari pihak pengurusan sendiri dan saya cuba untuk melaksanakan,” ujarnya memberitahu sudah menggunakan nama Black Mentor sejak empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Black menafikan bahawa dia seorang kacang lupakan kulit tetapi mahu mendapat lebih keberkatan dengan menggunakan nama sendiri, Hanifah. Sedikit perkembangan peribadi, Black bakal melansungkan penikahan dengan tunangnya pada 13 September ini.
sumber:OHARTIS: TAHNIAH BLACK HANIFAH.
0 Komentar untuk "Dulu Black Mentor Kini Black Hanifah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info