ShareThis to the world!

Fida Ibrahim tetap sertai Akademi Fantasia


Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida tetap mahu menyertai program realiti televisyen "Akademi Fantasia" 2013 (AF) yang bakal bermula pada September depan. 

Dipetik dari mStar, Fida menganggap keputusan yang dibuatnya merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mendalami ilmu muzik dan nyanyian dan ianya bukan sekadar suka-suka. 

"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran. Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," ujar wanita berusia 27 tahun ini. 



Jelas Fida lagi, dia tidak malu untuk menyertai program realiti tersebut walaupun sudah berjaya mencipta nama dalam dunia seni. Malah, Fida juga percaya peluang menyertai AF akan memberi manfaat dalam kariernya. 

Sebelum ini, Fida telah berjaya melayakkan diri dalam senarai pendek program realiti yang akan mula bersiaran pada bulan depan. 

"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," akhirinya.

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Fida Ibrahim tetap sertai Akademi Fantasia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info