Selain Dato Ac Mizal, Erin Malek turut membawa ahli keluarganya bercuti ke luar negara baru-baru ini.
Destinasi yang menjadi pilihan mereka sekeluarga ialah di Brisbane, Australia.
Erin, ibu dan dua adik perempuannya telah terbang ke negara Kangaroo itu pada 9 Ogos dan telah selamat kembali ke tanah air pada 15 Ogos lalu.
Sepanjang berada di sana pelakon Misiku Kuza ini sempat berkongsi gambar-gambar menariknya di sana.
Malah kebanyakan peminatnya berasa terkejut dengan penampilan ibu Erin yang masih kelihatan muda dan sekali tengok macam adik dan kakak, bukannya ibu dan anak!
Memang awet muda ibunya walaupun sudah memiliki tiga anak yang sedang meningkat dewasa.
Apa-apa pun jom tengok gambar-gambar menarik Erin dan keluarganya sepanjang berada di sana.
Oleh: Mynewshub.my
0 Komentar untuk "Foto Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak"