ShareThis to the world!

Hanya susu dan air suam

Kuala Terengganu: “Hanya susu dan air suam minuman yang boleh dihidangkan kepada Muhammad Zulhakim pada pagi Syawal,” kata Saidi Ismail, 49, bapa kepada Muhammad Zulhakim Saidi, 8, yang dibenarkan pulang semalam selepas enam hari terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Menurutnya, anaknya yang putus jari manis dan cedera parah di tapak tangan kanan terkena letupan mercun, petang Jumaat lalu dibenarkan pulang jam 8 pagi semalam.
Katanya, dia bersyukur kerana doktor membenarkan anaknya pulang untuk meraikan lebaran bersama keluarga selepas memastikan kecederaan pada tangan anaknya itu tidak mengalami sebarang komplikasi yang memudaratkan kesihatan.

“Juadah raya seperti sate, lemang, rendang dan ketupat tiada masalah untuk anak makan pada pagi raya, cuma minuman yang perlu dijaga.
Foto
MUHAMMAD ketika dirawat di hospital.

“Sebelum kecederaan pada tangannya itu pulih sepenuhnya, dia hanya dibenarkan meminum susu dan air suam,” katanya yang tinggal di Kampung Bukit Wan, di sini.
sumber:mymetro
0 Komentar untuk "Hanya susu dan air suam"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info