ShareThis to the world!

Aidilfitri tanpa rumah

Petra Jaya: Sambutan Aidilfitri tiga keluarga di Kampung Sungai Bedil Besar, di sini, hambar dan tidak lagi bermakna apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu api dikatakan berpunca daripada dapur sebuah rumah didiami tujuh penghuni sebelum merebak ke tiga rumah bersebelahan yang masing-masing turut dihuni tujuh penghuni termasuk sebuah rumah kosong.
Menurut seorang mangsa, Sudirman Arin, 66, ketika kejadian dia dan isteri berada dalam perahu untuk menghantar tempahan lemang dan tapai kepada pelanggan yang menunggu di Tebingan Kuching.

Katanya, dia terkejut apabila terpandang asap tebal yang disusuli api menjulang tinggi dari dapur di rumahnya.
Foto
ANGGOTA bomba bergegas memadamkan kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Bedil Besar, Petra Jaya, semalam.

“Saya dan isteri segera berpatah balik kerana ketika keluar, lima anak berusia empat hingga 11 tahun masih tidur.
sumber:mymetro
0 Komentar untuk "Aidilfitri tanpa rumah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info