ShareThis to the world!

Justin Bieber Ditahan Tiada Lesen Memandu

justin-bieber-traffic
LOS ANGELES – Justin Bieber hari ini ditahan kerana tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah dan memandu tanpa lesen.
Penyanyi remaja berusia 19 tahun itu diarah keluar dari kereta Ferrari putih jam 4.30 pagi berdekatan rumahnya di Calabasas, Los Angeles, demikian menurut jurucakap LA County Sheriff, Steve Whitmore.
“Saya tidak tahu berapa kali diditahan kerana memandu, namun dia mempunyai kesalahan lampau,” katanya merujuk kepada tabiat Bieber yang sering melanggar undang-undang.
Pada Jun lalu, polis Los Angeles menyiasat satu kemalangan membabitkan kereta yang dipandu Bieber melanggar jurugambar tetapi tiada tuduhan dibuat.
Pada Mei pula, keluar bintang pop Michael Jackson mendakwa Bieber memandu secara merbahaya di kawasan kediaman eksklusif Calabasas.
Bieber, yang dilahirkan di Kanada membeli rumah di Calabasas pada Jun lalu, demikian menurut laman web majalah selebriti, TMZ. – AFP
0 Komentar untuk "Justin Bieber Ditahan Tiada Lesen Memandu"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info