ShareThis to the world!

Neelofa ikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat


Pelakon dan pengacara Neelofa akan mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA) di Amerika Syarikat pada tahun depan bagi meningkatkan lagi pengetahuannya dalam bidang seni.

Neelofa, 24, yang kini menuntut di Kolej Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran akan mengikuti kursus tersebut selama dua bulan bersama rakannya.

"Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal," katanya menerusi mStar Online.

Neelofa memberitahu bukan mudah baginya untuk menjadi pelajar dan pelakon dalam satu masa malah pernah menghadapi dugaan sehingga hampir putus asa.

"Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem “Pilot Cafe”, arahan Osman Ali. Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara.

Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja,” kata Neelofa yang kini hangat dikaitkan bersama aktor Hans Isaac.

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Neelofa ikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info