ShareThis to the world!

Mamat sudah temui cinta baru


Pelawak dan pelakon, Mamat yang pernah menganggotai kumpulan Sepah mengakui dia kini menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Nurul Syafiqa Zakaria, seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Management and Science University (MSU).

Gadis tersebut yang mirip pelakon Linda Hashim dilihat menemani Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad ketika majlis Anugerah Lawak Warna pada Jumaat lalu di Istana Budaya.

Menurut Mamat, mereka mula bercinta sejak setahun yang lalu di mana ketika itu dirinya dilanda kontroversi percintaan dengan pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim dan juga isu dia keluar dari kumpulan Sepah.

"Kami berkenalan ketika nama saya jatuh gara-gara kontroversi, bukan ketika hidup senang. Kerana Syafiqa juga, saya mendapat semangat baru untuk teruskan kerjaya di bidang seni ini. Alhamdulillah, dia merupakan orang yang sangat istimewa selepas keluarga saya," kata Mamat kepada Malaysian Digest.

Bercerita bagaimana mereka boleh berkenalan, Mamat menceritakan mereka bertemu kali pertama di gedung membeli-belah, Johor Premium Outlest (JPO), dan mula rapat sejak perkenalan itu.

"Saya jumpa dia dekat JPO. Masa tu dia kerja di sana. Tapi ketika mula-mula kami berkawan dia tak kenal tak tahu pun yang saya ni artis. Dia pun yang tak berapa kisah sangat tau dengan saya. Macam, kami tak selalu nak telefon atau teruja nak jumpa saya. Jadi itu yang saya rasa menarik tentang dia ni."

Dalam pada itu, Mamat turut memberitahu mereka juga sudah berkenalan dengan keluarga masing-masing selain merancang untuk bertunang atau berkahwin selepas Syafiqa menamatkan pengajiannya. 

"Saya pun berdoa, kalau boleh dia yang terakhir dalam hidup saya. Saya berharap peminat semua dapat doakan hubungan kami berkekalan. InsyaAllah kalau ada jodoh dan tiba masanya nanti, saya beritahu."

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Mamat sudah temui cinta baru"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info