Aidil Zafuan akhirnya buka mulut
Pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri akhirnya membuka mulut selepas sudah hilang sabar dengan tindakan Rita yang sering memburuk-burukkannya dan keluarganya.
Aidil yang enggan mengulas lanjut mengenai isu perceraiannya itu mahu Rita menunggu keputusan dari mahkamah.
"Biarlah saya sahaja yang tahu apa berlaku, tak perlu rasanya saya berkongsi dengan masyarakat kerana ini hal rumah tangga kami. Apa yang boleh saya katakan saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya,” ujar Aidil kepada Hip.
Aidil juga mendakwa Rita bersikap tidak jujur kepada media mengenai isu pemberian nafkah kepada dua anak mereka sedangkan dia tidak pernah gagal dalam memberi wang setiap bulan.
"Semua bukti pemberian nafkah anak ada saya simpan. Sebelum ini dalam perbicaraan di mahkamah hakim tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak-anak. Rita jawab ada tetapi apabila memberi kenyataan kepada media , dia tidak menyatakan perkara sebenar."
Dalam pada itu, mengenai kenyataan Rita tentang dirinya dikatakan tidak ambil kisah mengenai persiapan raya anak-anak, Aidil memberitahu dia sudah pun menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita bertanyakan persiapan raya anak-anak dan sudah mempunyai rancangan mahu membawa dua putera mereka membeli belah pada 29 Julai lalu.
Namun, Rita memberi respon yang kurang menyenangkan dan menipu Aidil bahawa mereka sudah pulang ke Perlis.
Pada masa sama, Aidil turut menyatakan dia tidak pernah memungkiri janji untuk bertemu dengan anak-anak, namun sering terikat dengan pelbagai komitmen lain sehingga tiada ruang untuknya berjumpa dengan mereka.
Sementara itu, Aidil turut menafikan tindakan menceraikan Rita diambil bukanlah berpunca daripada seorang wanita bernama Zareema yang kini dikaitkan dengan Aidil tetapi keputusan itu dibuat mengikut hatinya sendiri.
sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Aidil Zafuan akhirnya buka mulut"