ShareThis to the world!

Sonakshi Sinha mahu jadi Madhubala


Bintang muda Sonakshi Sinha baru-baru ini menyatakan hasrat untuk membintangi sebuah biopik.

Laman sesawang Zee News melaporkan bahawa bintang "Once Upon a Time Again" itu berkata, "Saya teringin sekali terlibat dalam biopik kerana saya rasa ia menarik. Saya teringin sekali berlakon sebagai [bintang 50-an] Madhubala. Dia sangat cantik dan mempunyai kerjaya yang menarik."

"Sayang sekali, dia meninggal dunia terlalu awal," tambahnya Sonakshi lagi.

Madhubala merupakan seorang seniwati era 50-an yang terkenal dengan filem-filem seperti "Chalti Ka Naam Gaadi" dan "Mughal-e-Azam". Malangnya, dia meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat masalah jantung yang dialaminya sejak kecil.

Pelakon jelita era 50-an, Madhubala
Sementara itu, Sonakshi, yang membuat kemunculan sulung melalui filem "Dabangg" dan kini sedang sibuk mempromosi filem "Once Upon A Time in Mumbai Dobaara", menjelaskan bahawa dia sukakan peranan dalam filem terbarunya yang dirasakan begitu hebat.

"Ia watak yang menakjubkan. Saya gembira kerana dapat menjayakan filem ini sekalipun terpaksa melakonkan watak yang sukar," ujar Sonakshi.

"Once Upon Ay Time In Mumbai Dobaara" turut dibintangi Akshay Kumar dan Imran Khan. Ia bakal ditayangkan 15 Ogos ini.

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Sonakshi Sinha mahu jadi Madhubala"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info