ShareThis to the world!

Oprah mengaku pernah cuba dadah


Baru-baru ini pengacara terkenal dunia, Oprah Winfrey yang ditemubual dalam program "Watch What Happens Live" mengakui pernah mengambil dadah jenis ganja pada tahun 1982. 

Dipetik dari New York Daily News, Oprah, 59, membuat pengakuan itu selepas menjawab pertanyaan pengacara program televisyen, Andy Cohen dalam segmen 'Plead The Fifth' dimana beliau perlu menjawab dengan jujur tentang dirinya. 

Cohen turut sempat berjenaka tentang pengakuan Oprah dengan mengajak pengacara "The Oprah Winfrey Show" itu menghisap dadah selepas rancangan itu berakhir. 



Dalam pada itu, Oprah muncul dalam program tersebut adalah bertujuan mempromosikan filem pertama lakonannya iaitu "The Butler". 

Selain Oprah, filem arahan Lee Daniels yang mula ditayangkan pada 16 Ogos lalu di Amerika Syarikat turut dibarisi pelakon lain seperti Forest Whitaker, Cuba Gooding Jr., David Oyelowo, Lenny Kravitz dan Mariah Carey. 

sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Oprah mengaku pernah cuba dadah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info