ShareThis to the world!

Yazid Search nantikan buah pinggang baru


Selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga yang lalu, pemain dram kumpulan rock Search, Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama. 

Kini Yazid sedang menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi HKL dan menantikan penderma buah pinggang yang sesuai untuknya. 

"Kedua-dua buah pinggang saya sudah rosak. Sekarang ini saya perlu menjalani rawatan dan menunggu penderma yang sesuai. Jika ada, saya akan segera menjalani pembedahan. 

"Sebelum ini ada peminat yang pernah menyuarakan hasrat untuk menderma buah pinggang mereka kepada saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan sebuah portal hiburan tempatan. 

Yazid berkata demikian ketika lawatan khas oleh Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) di HKL, pada Rabu. 

Yazid menerima sumbangan daripada Yayasan Artis 1Malaysia.
[Kredit gambar: Malaysian Digest]

Datuk DJ Dave selaku Pengerusi YA1M yang mengetuai lawatan tersebut bersama rakan artis, Nash (Lefthanded) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 sebagai tanda sokongan dan meringankan beban Yazid untuk membiayai rawatan perubatannya. 

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah menjalani rawatan di Hospital Ampang sejak tiga tahun lalu dan kini menjalani rawatan dialisis akibat penyakit yang dihidapinya itu. 

Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah yang turut menziarahi Yazid berkata pihaknya ada berbincang dengan YA1M mengenai perancangan bagi meringankan kos rawatan dialysis yang ditanggung oleh Yazid. 

sumber: Tupai.com
0 Komentar untuk "Yazid Search nantikan buah pinggang baru"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info