ShareThis to the world!

Beckham & Ramsay buka restoran di London


Pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham dan rakannya yang merupakan tukang masak terkenal dunia, Gordon Ramsey telah berkolaborasi sebagai rakan perniagaan makanan.

Menurut laporan dari Dailymail, restoran "Union Street Café" yang sepatutnya dibuka 16 September ini bagaimanapun telah mendapat tempahan sebanyak 2,500 dalam tempoh 4 jam melalui Internet.


Menurut satu sumber, dengan tempahan yang diterima semakin banyak restoran itu dikatakan sudah penuh sehingga bulan November.


Restoran yang disangkakan akan berkonsepkan eksklusif dan mewah nampaknya meleset kerana dari gambar-gambar restoran itu menunjukkan konsepnya lebih santai.

"Union Street Café" akan menghidangkan makanan berinspirasikan Mediterranean dengan menu akan berubah setiap hari, di mana makanan akan disediakan di dapur terbuka. 





sumber:Tupai.com
0 Komentar untuk "Beckham & Ramsay buka restoran di London"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info