ShareThis to the world!

Calon Isteri Syamsul Yusof| Keluarga Terima Calon Isteri Syamsul

yusof

Keluarga kepada Syamsul Yusof menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu selepas Syamsul membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai calon menantu mereka tetapi masih belum berkesempatan untuk bertentang mata.
“Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya. Kami menerima calonnya itu dengan hati terbuka.
“Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami,” katanya ketika dihubungi.
Patimah diminta mengulas kenyataan Syamsul yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas filem terbaharu arahannya itu KL Gangster 2 ditayangkan di pawagam.
Filem itu yang menelan belanja RM4.5 juta akan menemui penonton pada 3 Oktober depan.
Ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini, Patimah enggan mengulas mengenainya dan mahu perkara tersebut diumumkan sendiri Syamsul.
“Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih. Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira,” katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.
Sementara itu, berikutan kes cetak rompak filem KL Gangstar 2 sehingga disiarkan di Internet, Patimah berkata, perkara tersebut mempunyai hikmah buat keluarga mereka apabila hubungan Syamsul dengan keluarga semakin rapat.
Katanya, ramai artis memberi sokongan moral kepada Syamsul malah mereka juga turut mengadakan solat hajat.
“Alhamdulillah kami baru sahaja buat solat hajat dan ramai rakan artis yang datang ke rumah beri sokongan moral pada Syamsul.
“Saya lihat ada hikmah di sebalik kejadian ini di mana hubungan bapa dan anak sangat rapat. Syamsul juga lebih rapat dengan adik-adik dia yang lain berbanding sebelum ini,” katanya.
sumber:Mummynemo.com
0 Komentar untuk "Calon Isteri Syamsul Yusof| Keluarga Terima Calon Isteri Syamsul"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info