TIDAK ramai yang tahu, di sebalik kehidupan glamor, aktor Daniel Radcliffe mempunyai masalah kesihatan yang agak membimbangkan.
Menurut laporan portal TheSun, salah seorang sumber yang cukup rapat dengannya mula risau apabila bintang filem Harry Poter itu 'tenggelam' dengan keseronokan berpesta alkohol dan dadah sehingga melupakan kesihatannya.
"Teman-temannya mula bimbang dengan cara kehidupan Daniel yang sudah mula hilang arah akibat sering mengambil ganja secara berlebihan dan mungkin dia akan terjebak dengan dadah pula.
"Malah dia juga mengambil alkohol secara berlebihan. Daniel sempat mendekatkan diri dengan beberapa wanita namun belum bertemui dengan wanita yang benar-benar dicintai.
"Kerana itu Daniel bersifat lebih terbuka berpesta bersama wanita-wanita yang tidak dikenalinya," kata sumber.
Keadaan Daniel juga membuatkan orang di sekelilingnya risau kehidupan aktor itu mungkin akan menjadi seperti Macaulay Culkin, pelakon yang pernah popular pada zaman kanak-kanak dahulu yang kini hidup terumbang-ambing gara-gara alkohol dan dadah.
"Daniel telah bekerja tanpa henti sejak berusia 11 tahun dan sekarang ini dia perlu membersihkan diri. Tiada siapa yang mahu melihatnya berakhir seperti Macaulay," tambah sumber itu lagi.
sumber:Mstar online
0 Komentar untuk "Daniel Radcliffe Terjebak Dengan Alkohol & Dadah"