Tanpa kehadiran suami ketika menyambut Syawal yang bakal berakhir tidak lama lagi ditambah dengan status ibu tunggal, Noniswara tidak lagi mahu menoleh ke belakang.
“Memang sedih apatah lagi saya sudah kehilangan kedua ibu bapa namun begitu hidup perlu diteruskan. Syukur alhamdullilah saya ada anak-anak untuk menemani”
Menurut Noniswara, walaupun menjadi ibu tunggal tampak sukar namun begitu ujarnya lagi kehidupan tidak banyak beza cumanya sekarang dia yang bakal kembali ke dunia perniagaan akan pastikan masa yang diluang untuk anak-anak dan dari situlah kebahagiaan sebenar selepas menjadi ibu tunggal.
“Saya dah biasa bergerak sendiri dan sekarang dengan status ini rasanya sama saja sebab dah biasa, beza mungkin sebelum ini ada suami untuk dijadikan tempat rujukan,” ujar Nonis yang ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Seniman, semalam.
Bercerita tentang perniagaan trading yang bakal dimulakan tidak lama lagi itu antara masa yang bakal diisi selain sibuk dengan lakonan.
Darah seni yang mengalir dalam dirinya tidak disangka-sangka turun jua ke anak lelakinya yang berusia 18 tahun.
Sudah beberapa drama yang dijayakan anaknya itu, Naveer Mihshon sememangnya meminati bidang lakonan seperti dirinya dan pergi ujibakat tanpa pengetahuan.
sumber:Rotikaya.com
0 Komentar untuk "Noniswara: Tiada Banyak Yang Berbeza Kehidupan Dulu & Sekarang"